Thursday, April 13, 2017

Ok, sebelum menjawab persoalan kepada tajuk entri ni, first sekali kena faham apa itu detoks?

Detoks ialah proses pembuangan kotoran dan toksin dalam badan, bagi menjadikan badan kita sihat dan bebas daripada kekotoran.



Kita biasa bawa kereta pergi servis kan. Sebab apa? Sebab nak make sure kereta kita dalam keadaan yang tip top untuk terus bergerak membawa kita ke tempat yang kita nak pergi.

Dan juga, kita servis kereta untuk pastikan kereta itu selamat untuk digunakan. Bila kereta 'sihat' dan selamat, ianya memberi kebaikan yang sangat besar pada diri kita. Pada keselamatan kita.

Sedangkan kereta kita hantar servis selalu, sepatutnya badan kita ni lagi lagi lah perlu servis. Perlu kita maintain kan kesihatan yang baik untuk mendapat kualiti hidup yang baik.

Sebenarnya, sedar atau tidak, kita terdedah dengan banyak sangat toksin disekeliling kita.

Toksin datang dari macam-macam bentuk dan punca seperti:


  • Makanan : Artifical food additives, pesticide, pewarna, dan pengawet
  • Pencemaran udara dan jerebu: Meningkatkan peluang untuk jangkitan sistem pernafasan
  • Air: Air yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan mengandungi heavy metal
  • Gaya hidup: Merokok dan mengamalkan diet yang tidak sihat


Ini semua antara punca yang menyebabkan badan kita penuh dengan toksin. Jadi, sangat perlu untuk kita servis badan kita untuk maintain kan kehidupan yang sihat. Kalau badan nak servis macam mana? Dengan detoks.

Detoks membantu untuk bersihkan dalaman badan kita yang penuh dengan toksin.

Kalau kereta pun kita jaga, apatah lagi badan kita yang satu ni. Betul tak? Jadi, marilah beramai-ramai kita detoks. Buang segala kekotoran dan toksin dalam badan kita.


  • Nak cuba hamil kena detoks.
  • Nak kulit cantik kena detoks.
  • Nak kurus kena detoks.
  • Nak hidup lebih sihat dan bermaya kena detoks.


Kalau nak badan sihat selalu dan terhidar daripada penyakit, wajib detoks. Kalau malas nak buat segala air detoks yang boleh bantu untuk detoks tu, maka boleh detoks dengan supplement. :)


Badan kita ada organ detoks yang boleh singkirkan toksin secara semulajadi. Tapi kenapa kita pelu juga kepada supplement detoks?

1. Kesan pencemaran dan toksin yang ada dalam badan yang sangat banyak menyebabkan organ detoks tidak dapat berfungsi seoptimum mungkin untuk menyingkirkan toksin.

2. Organ detoks rosak dan tidak dapat berfungsi denga baik.

Jadi nampak tak kat sini kenapa kita perlukan supplement untuk bantu detoks?


Fungsi supplement detoks:

1. Membantu menyihatkan dan memulihkan organ detoks supaya dapat berfungsi dengan optimum.

2. Membantu dan menyokong fungsi organ untuk detoks.

Jadi, sangat penting untuk kita ambil supplement detoks. Supaya dapat menyihatkan dan menyokong fungsi organ detoks untuk membuang segala kekotoran yang bermaharajalela dalam badan ni


Apa organ detoks dalam badan?

Paru-paru
- Untuk membuang gas-gas seperti Karbon Dioksida dalam darah

Hati
- Organ utama untuk detoks
- Meneutralkan toksin dan menapis darah
- Vitamin yang larut lemak akan dihantar ke bahagian kolon, dan ianya akan dibuang dalam bentuk najis.
- Vitamin larut lemak akan dihantar ke bahagian buah pinggang untuk dibuang dalam bentuk air kencing.

Kulit
- Buang toksin melalui pepeluhan

Buah pinggang
- Buang kekotoran dan air daripada darah untuk membentuk air kencing yang akan disingkirkan melalui pundi kencing

Kolon
- Mengeluarkan bahan buangan daripada makanan dalam bentuk najis



Toksin yang banyak dalam badan menganggu fungsi badan dan menyebabkan bdan tidak sihat. Sedar atau tidak, ramai antra kita yang ada gejala ini:


  •  Kleletihan

  • Mulut berbau

  • Badan berbau

  • Kulit allergic

  • Mudah sembelit

  • Sistem penghadaman yang tidak baik
  • Pemikiran yang kurang tajam dan jelas
  • Sukar untuk hamil
  • Badan banyak angin

Korang ada tak tanda-tanda kat atas ni? Maka wajib detoks. :)

Insyaallah saya akan sambung lagi entri ini. Supplement apa yang boleh membantu untuk detoks.

--

Salam Sayang
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +6010-4031219








Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: