Friday, November 18, 2016

Assalamualaikum semua

Pernah dengar tak berkenaan dengan Tandem Pumping dan Tandem Nursing?

Tandem Pumping ialah keadaan di mana si ibu menyusukan anak sambil mengepam susu. Kedua-dua nya berlaku serentak


Gambar mislead sedikit. Sepatutnya bayi itu hisap susu ibu, bukannya pegang botol susu. hehe

Tandem Nursing pula ialah di mana si ibu menyusukan kedua - dua anak pada masa yang sama. Biasanya, yang melakukan Tandem Nursing ini ialah mereka yang mempunyai anak kembar 2 dan keatas, dan mempunyai anak dengan jarak yang dekat tetapi belum bersedia untuk melepaskan anak minum susu formula

Tandem Nursing

Mengapa perlu melakukan Tandem Pumping?

Tandem pumping dilakukan bagi ibu-ibu yang mengalami keadaan berikut:

1. Anak asik ingin menyusu dan ibu tiada masa untuk pam. Dengan melakukan tandem pumping, ibu mampu untuk mengepam susu.

2. Rushing untuk kejar stock susu anak. Biasanya keadaan ini dialami oleh ibu yang bekerja. Susu yang disimpan dikuhuatiri tidak dapat menampung demand anak dan melakukan Tandem Pumping untuk mencukupkan keperluan

3. Rangsangan yang lebih baik. Bagi ibu-ibu yang tidak dapat kuantiti susu yang banyak untuk setiap kali pam, boleh mencuba Tandem Pumping ini. Let down untuk anak yang menghisap susu adalah lebih baik daripada menggunakan pam. Jadi, mengepam susu sambil menyusukan anak membantu meningkatkan kuantuti susu

Tandem Pumping agak sukar untuk dilakukan pada awalnya kerana mungkin ada ibu-ibu yang mengalami masalah posisi. Namun begitu, dengan latihan yang berterusan Insyaallah dapat membantu menjadikannya lebih mudah.

Antara tips yang boleh saya kongsikan untuk lebih memudahkan Tandem Pumping ialah dengan menggunakan nursing pillow. Nursing pillow ini akan membantu memberi sokongan kepada bayi dan juga botol yang digunakan untuk pam susu


Selain itu, boleh juga menggunakan kerusi yang berlengan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Jadi ibu-ibu boleh dapat sokongan daripada lengan kerusi itu. Setup pam dahulu sebelum mengambil bayi atau untuk lebih mudah, minta tolong kepada ahli keluarga lain untuk menghulurkan bayi.



Saya sendiri menggunakan cara yang kedua. Menggunakan kerusi berlengan. Saya melakukan Tandem Pumping ketika dalam pantang untuk mendapatkan stock susu yang banyak. Mula-mula tu memang terasa agak susah dan payah tapi Alhamdulillah ianya menjadi lebih mudah setelah melakukannya beberapa kali :)

Ini sahaja dahulu perkongsian saya untuk Tandem Pumping. Perkongsian berkenaan Tandem Nursing saya akan kongsikan dalam entri lain ya :)

Kalau ada ibu-ibu yang memerlukan detail lebih lanjut berkenaan Tandem Pumping ini boleh whatsapp saya ye. Insyaallah saya cuba tolong sebaik mungkin :)

Dan bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari Milk Booster yang sesuai, saya sangat mencadangkan Alfalfa dan Energizing Soy Protein. Saya sendiri mengamalkannya dan Alhamdulillah sangat puas hati dengan hasilnya. Pada hari saya menulis pos ini anak saya sudah masuk satu tahun dua bulan dan saya masih lagi menyusukannya :)







--

Salam Sayang.
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: +60104031219
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: