Monday, October 10, 2016

MASALAH OBESITI DALAM KANAK-KANAK: PUNCA DAN CARA ATASI

Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin hari semakin MEMBIMBANGKAN. Boleh dikatakan setiap lima orang anak-anak yang bersekolah akan mengalami masalah berat badan ataupun obes.




Antara FAKTOR-FAKTOR yang menyumbang kepada masalah obes dalam kalangan kanak-kanak seperti:

1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Pemilihan makanan yang tidak baik
3. Genetik
4. Kekurangan kesedaran tentang obesiti oleh ibu bapa

Kebanyakan (bukan semua ye) ibu bapa yang bekerjaya mengalami masalah dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat disebabkan kekangan masa. Disebabkan masalah ini, ibu bapa cenderung untuk meyediakan makanan yang 'mudah dicapai', di mana kandungannya tidak mempunyai nutrisi yang cukup dan tinggi kandungan kolestrol.

Kekerapan yang tinggi dalam memberikan anak-anak fast food dan frozen food akan menyebabkan anak-anak menjadi ketagih dan seterusnya mendorong mereka untuk menjadikan makanan ini sebagai pilihan utama. Risiko untuk mendapat penyakit obesiti ini semakin meningkat bilamana fast food dan frozen food menjadi makanan utama dibandingkan dengan home made food.



Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang dibesarkan di bandar mengalamai masalah obes yang lebih tinggi berbanding dengan anak-anak yang dibesarkan di luar bandar. Pendedahan kepada teknologi lebih tinggi kepada anak-anak di bandar dan menyebabkan mereka menjalani gaya hidup yang tidak sihat. Mereka lebih gemar untuk bermain di alam maya, berbanding bermain di alam nyata. Pemilihan pemakanan yang tidak sihat, ditambah pula dengan gaya hidup yang hanya memerap di rumah, akan menyebabkan anak-anak mendapat kandungan kalori yang berlebihan. Kandungan kalori yang tidak digunakan oleh tubuh akan disimpan di dalam badan sebagai lemak dan seterusnya menyebabkan obesiti.



Genetik turun temurun juga salah satu faktor yang menyebabkan obes. Ada kajian yang menunjukkan sekiranya kedua-dua ibu bapa mengalamai masalah obes, peluang untuk anak-anak menjadi obes adalah tinggi iaitu sekitar 70%. Namun begitu, sebelum genetik ini dipersalahkan, lihat dahulu kepada faktor pemilihan makanan dan gaya hidup yang diamalkan terlebih dahulu.

Ibu bapa yang tidak sedar tentang bahaya obes juga menjadi antara punca mengapa anak-anak dibiarkan untuk memilih gaya hidup yang tidak sihat dan akhirnya mengakibatkan obesiti. Pendidikan awal itu bermula daripada rumah. Jadi, sekiranya ibu bapa sendiri tidak ada kesedaran mengenai obesiti, maka pemasalahan oebsiti ini akan terus dan terus menjadi serius dalam kalangan kanak-kanak.

Mengapa kita perlu sedar tentang bahaya obesiti dalam kanak-kanak? Ini kerana, peluang mendapat penyakit seperti penyakit hati, jantung, masalah pernafasan, kerosakan sendi, athma, diabetis, dan kanser adalah lebih tinggi. Komplikasi di atas mungkin tidak kelihatan sekarang, namun, anak-anak yang obes ini mudah menjadi bahan ejekan rakan-rakan yang akan menyebabkan 'emotionally tortured' dalam diri meraka. Akibatnya, anak-anak akan hidup dalam keadaan yang tertekan, trauma, rasa dianiayai, dan membesar dalam persekitaran yang sangat negatif.

Antara LANGKAH-LANGKAH wajar yang boleh diambil oleh ibu bapa ialah seperti;



1. Memastikan anak-anak mendapat sumber makanan yang baik
2. Galakkan anak-anak untuk makan lebih sayur-sayuraN dan buah-buahan
3. Pilih protein yang rendah lemak
4. Elakkan pengambilan lemak tepu dan makanan manis yang terlalu banyak
5. Galakkan anak-anak untuk kekal aktif 

Boleh dikatakan hampir 98% cara untuk mengelakkan obesiti dalam kalangan anak-anak ialah melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Namun begitu, desakan ekonomi kini yang menuntut kedua dua ibu bapa untuk bekerja akan menyebabkan kualiti penyediaan makanan itu tidak begitu baik.

Di sinilah peranan Vitamin atau makanan tambahan lain bagi membolehkan anak-anak mendapat segala keperluan nutrisi yang diperlukan. Ini kerana, pengambilan nutrisi yang lengkap dan baik bukan sahaja dapat mengelakkan obesiti, tetapi dapat meningkatkan sistem imunisasi dan pertahanan badan juga.

Di Fit Bonda, kami mencadangkan pengambilan Set Vitamin for Kids ini sebagai pelengkap nutrisi anak-anak.   Set Vitamin for Kids yang mengandungi banyak sangat khasiat seperti membekalkan kandungan Vitamin dan Mineral yang lengkap, menampung kelompongan nutrisi, membekalkan keperluan nutrisi lengkap dengan kadar lemak dan kolestrol yang rendah, membuka selera makan anak-anak bagi yang susah untuk makan-makanan berkhasiat, mengelakkan sembelit, membekalkan semua khasiat sayur-sayuran bagi anak-anak yang tidak suka untuk makan sayur, dan dapat meningkatkan sistem imunisasi dan pertahanan badan.

Semoga dengan pemngambilan nutrisi yang lengkap, berkhasiat, dan rendah kalori ini akan menjadi peyebab untuk anak-anak kita membesar dengan baik dan terhindar daripada penyakit, Insyaallah

--

Set Vitamin for Kids: Meal Shakes, Chewable Vitamin C, Vitalea For Kids




Meal Shakes


Chewable Vitamin C


Vitalea For Kids



--

Salam Sayang,
Madam Syuhaidah
.
WhatsApp: 010-4031219
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: