Wednesday, September 21, 2016

KETAHUI BAGAIMANA ALZHEIMER TERJADI

Assalamualaikum w.b.t

Alzheimer merupakan satu keadaan di mana daya ingatan seseorang itu merosot teruk dan tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri (Wikipedia).

Alzheimer ni bukan satu penyakit yang berjangkit tapi penghidapnya benar-benar akan mengalami kesukaran. Orang yang membantu dalam menguruskan mereka yang menghidap Alzheimer pun akan menghadapi kesukaran juga.

Alzheimer bukan sekadar nyanyuk, tapi merupakan satu masalah kesihatan yang sangat kritikal dan membebankan.

Yang menariknya, baru saya tahu yang penyakit Alzheimer ni bukan disebabkan penuaan. Maksudnya, bukan setiap orang tua akan dapat penyakit ni. Alzheimer ni memang penyakit yang siapa-siapa pun boleh dapat. Cumanya banyak yang kita nampak berlaku di usia tua disebabkan Alzheimer ini develop over time. Jadi bagi mereka yang dah ada gejala-gejala Alzheimer dari muda, penyakit ini akan bertambah teruk bila usia meningkat.

Apa punca penyakit ini? Punca kepada penyakit ini tidak diketahui secara tepat, namun ada dua element asas yang berperanan dalam menyebabkan penyakit Alzheimer. Dua element itu ialah 'plaques' and 'tangles'.

Plaques - deposit serpihan protein yang dikenali sebagai beta-amyloid yang terkumpul di dalam ruang antara sel-sel saraf

Tangles - twisted fiber of another protein yang terbina di dalam sel.

Walaupun kebanyakan orang mengalami plaques dan tangles development apabila usia semakin meningkat, tetapi bagi penghidap Alzheimer, development of plaques and tangles mereka jauh lebih tinggi. Plaques dan tangles ini akan merebak, bermula daripada kawasan penting untuk memori dan merebak ke kawasan-kawasan lain.

Kebanyakan pakar percaya bahawa plaques dan tangles memainkan peranan yang penting dalam menyekat komunikasi antara sel-sel saraf dan mengganggu proses yang diperlukan untuk sel-sel terus hidup.

Ianya merupakan satu kemusnahan dan kematian sel-sel saraf yang menyebabkan kegagalan memori, perubahan personaliti, masalah menjalankan aktiviti harian dan lain-lain gejala Alzheimer


Plaques dan tangles yang semakin merebak bila usia semakin meningkat

Scary kan penyakit Alzheimer ni. Kesian pada yang menghidap dan kesian juga pada mereka yang menjaga. Banyak juga cerita-cerita berkenaan Alzheimer ni walaupun bukan 100% tepat. Tapi cukup untuk buat saya takut kalau terpaksa menghidap penyakit ni. Moga Allah lindungi kita dari Alzheimer dan penyakit-penyakit lain yang merbahaya.

......................................................................


===============================
MENCARI MILK BOOSTER TERBAIK?
===============================

Cuba sis try ALFALFA. Insyaallah membantu :)





:) Membantu pengeluaran susu ibu
:) Memperbanyakkan susu ibu
:) Menambahkan lemak dalam susu ibu supaya bayi kenyang berpanjangan
:) Membantu mengelakkan sembelit
:) Membantu mengelakkan kembung pada ibu dan bayi
:) 
Membantu melegakan sakit sendi dan belakang
:) Membantu memulihkan urat selepas bersalin
:) Membantu penghadaman dan pencernaan
:) Mengandungi segala zat keperluan harian ibu dan bayi
:) Membantu melegakan PMS

Botol Kecil

330 Tablets - RM 53.75 boleh tahan sehingga 2 bulan (sebiji tablet jatuh pada harga RM 0.16)

Botol Besar

700 Tablets - RM 97.50 boleh tahan sehingga 4 bulan (sebiji tablet jatuh pada harga RN 0.14)

*Kos pos hanya RM 6 ke seluruh Malaysia

Whatsapp:
010-4031219
Facebook:
https://www.facebook.com/FITBONDA
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: