Monday, August 1, 2016

SET IBU MENGANDUNG TERBAIK

Bonda harapkan mommies di luar sana sihat-sihat berlaka, dan kepada mommies yang sedang mengandung, please ambil extra penjagaan diri ye. Dapatkan tidur yang cukup, berhati-hati bila berjalan dan lalu di tempat yang licin, jangan buat kerja yang berat-berat, dan ambil makanan yang sihat, seimbang, dan cukup zat ye.

Bonda nak tanya sikit kepada mommies semua. Apa MASALAH biasanya yang dihadapi oleh mommies yang mengandung ni? Ada tak masalah yang Bonda listkan di bawah ini?

  • Sakit-sakit belakang, terutamanya bila kandungan sudah berada pada last trimester.
  • Bacaan hemoglobin (HB) yang rendah 
  • Rasa letih dan tidak bertenaga 
  • Kaki kejang atau cramp 
4 MASALAH di atas memang sangat sinonim dengan wanita yang mengandung. Kebanyakkan mommies mengandung akan menghadapi masalah di atas. Sama ada salah satu masalah di atas atau semua sekali. Memang rasa tak best sangat bila ada masalah di atas kan?

Just imagine kita tengah elok-elok jalan, lepastu kaki cramp...Fuhhhh...Memang rasa nak gigit je orang kalau ada yang terlanggar kita kan? Dan tak best juga kalau kita low HB sebab akan terjadinya anemia dan affect kita punya kecergasan badan. Low HB juga akan memberikan risiko kepada kandungan seperti keguguran atau tumpah darah. Dan kalau di klinik atau hospital, Doktor akan pantau mommies rapat-rapat kalau ada masalah low HB ni.

Tapi kan mommies sekalian, kalau kita ada PILIHAN untuk tidak merasai semua tu, kenapa tidak kan? Contohnya, sakit-sakit belakang disebabkan kekurangan kalsium. Kaki kejang juga disebabkan kekurangan kalsium dan garam galian. Jadi bagi mencegah sakit belakang dan kaki cramp ni, ambil la kalsium dan garam galian. Tidak gitu?

Jadi untuk mendapatkan nutrisi dan diet yang lengkap untuk mommies yang sedang pregnant ni, Bonda nak perkenalkan SET MENGANDUNG TERBAIK untuk mommies.

Tadaaaaa.. Ini dia.....


Set Mengandung SHAKLEE 

Apa yang terdapat dalam set mengandung SHAKLEE ni?

  • Ostematrix 
  • Vita-Lea - Iron Formula 
  • Vitamin C 
  • Energizing Soy Protein 
  • B-Complex with Folic acid 
  • Omega guard 
Ok, berbalik kepada masalah di atas, mana satu product SHAKLEE ni yang dapat membantu?

Bonda terangkan satu persatu ye :)

Untuk SAKIT-SAKIT BELAKANG dan CRAMP, mommies ambil Ostematrix ni. Kita ada rasa sakit-sakit belakang dan cramp sebab kekurangan kalsium. Jadi, dengan pengambilam Ostematrix yang mengandungi kalsium ni, Insyaallah dapat memenuhi nutrisi kalsium dalam badan dan Insyaallah dapat mengurangkan sakit belakang dan cramp.

Cramp juga berpunca daripada kekurangan garam dalam badan. Ostematrix SHAKLEE ni, bukan sahaja mengandungi kalsium, tetapi juga mengandungi magnesium dan fosforus yang merupakan antara garam galian yang sangat penting bagi fisiologi manusia. Ostematrix ini juga mengandungi Vitamin D, di mana Vitamin D dan magnesium akan membantu dalam penyerapan kalsium di dalam badan. Pengambilan kalsium tanpa magnesium atau Vitamin D adalah satu usaha yang sia-sia dan membazir duit.

Bagi masalah LOW HB pula, mommies boleh amalkan Vita-Lea yang kaya dengan pelbagai Vitamin dan zat besi. Zat besi ini sangat penting dalam membantu pembentukan hemoglobin, yang Insyaallah meningkatkan HB mommies semula dan seterusnya mengelakkan mommies daripada mengalami amenia.

Next ialah Vitamin C. Vitamin C ni salah satu funtionnya ialah ianya dapat membantu penyerapan zat besi dalam tubuh. Jadi, pengambilan Vitamin C bersama dengan Vita-Lea Insyaallah akan membeikan kesan yang optimum kepada tubuh mommies.

Selain itu, Vitamin C berfungsi sebagai antioxidant, dan membantu dalam PENYEMBUHAN BATUK dan SELESEMA. Bagi mommies yang cuba mengelakkan untuk ambil ubat ketika sedang mengandung, kerana dikhuatiri akan membahayakan baby, mommies boleh cuba Vitamin C ini. Insyaallah dapat membantu.

Mommies yang mengandung memang kebiasaanya akan rasa penat dan letih. Especially bila dah masuk kandungan 7 bulan hingga ke waktu melahirkan baby...Fuhhh...Letihnya semacam. Kadang-kadang tu nak cakap pun rasa tak larat...hehehe...

Jadi Bonda nak syorkan mommies ambik energizing soy protein ni (ESP). Insyaallah dapat MENGURANGKAN RASA LETIH mommies. Malah memberikan tenaga kepada mommies untuk terus melalukan aktiviti harian.

Selain daripada memberi yang terbaik untuk diri mommies sendiri, mesti mommies juga nak berikan terbaik kepada si comel anak syurga tu kan?

Jadinya bagi membantu perkembangan bayi dalam kandungan, terutamanya di awal-awal permulaan kandungan, sekitar 1 - 4 bulan, folic acid memainkan peranan yang sangat penting. Kekurangan folic acid dikhuatiri akan menyebabkan perkara yang tidak baik berlaku kepada bayi seperti ketidaksempurnaan fizikal...wallahualam...Mana nak dapat folic acid ni? Folic acid terdapat sekali dalam botol B-Complex. B-complex ini sangat penting bagi MENYOKONG SISTEM SARAF dan METABOLISME yang kuat.

Dan terakhir sekali, dalam SET MENGANDUNG SHAKLEE ini, kita ada Omega Guard. Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA.

Apa itu EPA? EPA ialah ais eicosapentaenoic yang berfungsi untuk MENYOKONG JANTUNG, SISTEM IMUN, dan TINDAK BALAS KERADANGAN. Manakala, DHA ialah asid docosahexaenoic yang penting untuk MENYOKONG OTAK, MATA DAN SISTEM SARAF PUSAT.

Pengambilan EPA dan DHA dalam diet wanita yang mengandung akan memberi kesan seperti berikut: 

  • Meningkatkan perkembangan penglihatan dan kognitif bayi 
  • Meningkatkan fungsi otak bayi 
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra-matang 
  • Mengurangkan risiko bayi kurang berat 
  • Mengurangkan risiko ibu kemurungan 

Kepentingan DHA

Sebenarnya kan, banyak lagi khasiat yang Bonda tidak ceritakan lagi dalam entry ni. Disebabkan ini ialah set mengandung, jadi Bonda fokus kepada masalah yang biasa dialami oleh ibu yang mengandung, dan juga kebaikan vitamin ini untuk bayi. Tapi sebenarnya kan, masih banyak lagi KHASIAT yang Bonda tak ceritakan. Kalau Bonda cerita semua dalam satu page, sehari suntuk pun belum tentu mommies habis baca...hehehe...

Contohnya kan, ESP bukan sahaja baik untuk memberikan tenaga tau. Tapi dalam masa yang sama elok sangat untuk membaiki sel kulit. Boleh buat masker lagi guna ESP.

Tapi untuk set mengandung ni Bonda cerita sampai sini dulu ye. Insyaallah khasiat yang lebih mendalam untuk satu-persatu vitamin ini, Bonda akan ceritakan dalam next entry ye.

..............................................||

Mommies, Bonda open untuk sesiapa sahaja yang nak tanya-tanya berkenaan set mengandung ni. Jangan malu jangan segan, whatsapp je Bonda terus. Insyaallah harga boleh runding.

WhatsApp Bonda:
+60104031219
Facebook Bonda:
https://www.facebook.com/FITBONDA
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: