Thursday, March 22, 2018

Cukup Bersyukurkah Kita?


Dalam sehari-harian, terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri.

  • Dapat bernafas tanpa henti, besryukur.
  • Dapat berjalan tanpa tongkat, bersyukur.
  • Dapat hantar anak ke sekolah, besrsyukur.
  • Dapat pasangan hidup yang baik, bersyukur.
  • Dapat kenalan yang sentiasa memberikan sokongan, bersyukur.
  • Dapat makan dan minum setiap hari, bersyukur.
  • Dapat menimba ilmu, bersyukur.
  • Ada pekerjaan, bersyukur.
  • Ada duit simpanan, bersyukur.
  • Ada rumah sebagai temoat perlindungan, bersyukur.
  • Ada kenderaan untuk memudahkan pergerakan, bersyukur.
  • Ada peluang untuk melancong, bersyukur.
  • Ada organ badan yang sihat, bersyukur.
  • Ada otak yang masih berfungsi untuk berfikir, bersyukur.

Allahu. Terlalu sedikit yang dapat ditulis. Nikmat Allah terlalu banyak. Andai kata seluruh lautan digunakan untuk menulis nikmat Allah nescaya air laut itu habis dahulu sebelum semua nikmat Allah dapat ditulis. Dan andaikata ditambah selautan lagi untuk menulis nikmat Allah, maka nescaya tidak akan habis juga nikmat Allah yang dapat ditulis.

Pun begitu, sejauh mana tahap kesyukuran kita?

Cukup bersyukurkan kita apabila solat dilengah-lengahkan?
Cukup bersyukurkah kita apabila liat untuk memberi sedeqah?
Cukup bersyukurkah kita apabila Al Quran pun tidak dibaca?

Tidak perlu menuding jari atau memandang kepada orang lain. Lihat sahaja kepada diri sendiri. Cukup bersyukurkah kita?


_________________________________________________________________________________


Telekung Empire menampilkan koleksi telekung yang selesa dan cantik untuk beribadah. Menggunakan kain jersi putih nila berkualiti tinggi, Telekung Empire membawakan konsep telekung yang tebal dan tidak jarang, dan dihiasi dengan renda berwarna yang menarik.

Koleksi telekung di Telekung Empire juga direka khas dengan 'face fitting design', yang tidak memerlukan pemakaian anak tudung, dijahit dua lapis sehingga ke bahagian dada dan menutupi bahagian dagu.


Untuk mendapatkan koleksi telekung dari Telekung Empire, boleh hubungi kami di 010-4031219 atau 019-5704541.

Boleh juga layari Facebook Telekung Empire untuk mendapatkan update telekung dari masa ke semasa.

Koleksi Telekung Mawaddah di SINI

Monday, August 7, 2017

Mukhlis
Kak syu beritahu Mukhlis, nanti ibu akan set up kan satu blog untuk Mukhlis dan Mukhlis boleh tulis dekat situ. Sejak dari kak syu cakap macam tu, Mukhlis asik tanya sahaja bila nak mula menulis. 

Masalahnya kak syu tak set up blog dia lagi. So kak syu ajak Mukhlis tulis dekat blog kak syu dulu. Hehehehe. Here is his first entry :)

---


Nama saya ialah Mukhlis.




My name is Mukhlis.






Eco Forest by Eco World
Kak syu ada jumpa seorang ejen hartanah ni. Dia beritahu yang dia ada beli kondo (belum siap lagi) di Semenyih, berdekatan dengan Universiti Nottingham, Malaysia. Jadi kak syu dan husband pun decide nak pergi tengok kawasan kondo tu. Mana tahu boleh nak buat investment kan. Hehehehe.

Semasa kami jalan masuk area Universiti Nottingham tu, terperasan ada banting Eco Forest. And we were like "Waaaa, Eco World buat projek kat sini pula ke". Kami excited sebab suka tengok projek Eco World ni. Tengok je la Eco Majestic tu. Memang cantik sangat. Landskap dia sangat win OK. Hahahaha.



So kami pun teruja juga la nak tengok macam mana Eco Forest ni. Kalau Eco Majestic tema dia 'Timeless Elegance', nak tahu tema Eco Forest ni.

Keesokannya kami pergi ke Sales Gallery dia. As expected, memang ada tema, dan landskap yang cantik. Tema Eco Forest ni 'Nature'. Memang tepat dan bersesuaian sangat dengan nama Eco Forest nya. Sebab tu kalau pergi ke Sales Gallery dia ni, ada satu taman yang diletakkan banyak sangat 'panda', 'beruang', dan 'kehijauan', sebagai simbol kepada Nature.





Rumah yang sedang nak dijual sekarang ialah rumah teres dua tingkat. Bukaan dalam 20*60 hingga 30*60 (lebih kurang gitu la luasnya). Harga starting from RM 598k, ada 7% bumi diskaun dan 5% rebate.

Rumahnya sangat sesuai untuk didiami dengan selesa bagi yang berkeluarga kecil, dan bagi sesiapa yang sangat sukakan Nature. Eco Forest can suit your taste very well. :)

Masa kak syu pergi tu, show unit belum siap lagi. Insyaallah 21/8/17 akan siap show unit beserta interior design. Siapa yang berhajat untuk beli property di Eco Forest ni boleh ke Sales Gallery nya ya.



Thursday, July 27, 2017

B Complex Shaklee
Alami semula nikmat kesihatan. Nutrient yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.


B Complex Shaklee membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh dan melengkapkan jurang nutrisi Vitamin B. Ianya membekalkan kuantiti asid folik dan biotin yang cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.


Vitamin B Complex Shaklee


  • Vitamin B12
  • Folat
  • Vitamin B6
  • Biotin
  • Asid pantotenik
  • Niasin
  • Tiamin
  • Riboflavin


Keistimewaan B Complex Shaklee

Asid folik, salah satu Vitamin B yang krtitikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan . Teknologi berpaten ini milik eksklusif Shaklee.




Sumber: Buku Panduan Shaklee

Tuesday, July 25, 2017

Omega Guard Shaklee
Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi.

Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu lemak yang tidak boleh dikurangkan iaitu asid lemak penting Omega 3. Asid lemak Omega 3 tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan.



Dua jenis asid lemak Omega 3 yang utama ialah:

  • Asid eikosapentaenoik (EPA)
  • Asid dokosaheksaenoik (DHA)


Keistimewaan Omega Guard Shaklee

  • Minyak Ikan Berkepekatan Tinggi

Omega Guard membekalkan spketrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega 3 tulen, yang biasanya ditemui secara semulajadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999 mg Omega-3 (546 mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan, dan 360 mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh.



  • Penyulingan Molekul Berganda

Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalama Omega Guard menjalani proses moden penyulingan molekul 3 peringkat yang memekatkan asid lemak Omega 3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC, dan lain-lain bahan cemar.

Ianya juga membantu mengurangkan bau dan rasa hanyir.

  • Sahabat Laut

Diiktiraf oleh Friend Of The Sea untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.


Spektrum lengkap asid lemak perlu Omega 3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang sihat dan kuat


SAYANGI KESIHATAN, CINTAI DETIK KEHIDUPAN



Sumber: Panduan Produk Shaklee






Untuk membuat pembelian Omega Guard Shaklee, boleh klik link ini terus. Pembelian ini dibuat secara langsung terus kepada Shaklee, Kos pengeposan ke Semenanjung Malaysia ialah RM 10.60 dan kos pengeposan ke Sabah dan Sarawak ialah RM 21.20, tidak kira berapa banyak item yang dibeli. Kos pengeposan adalah tetap. Sama ada beli 1 item atau 10 item atau 13 item, kos pengeposan adalah sama :)

Harga yang diapaprkan di page pertama ialah harga produk tanpa GST. Selepas confirmation pembelian dibuat dan ingin meneruskan dengan pembayaran, harga yang dipaparkan adalah total harga produk beserta GST.

Boleh beli Omega Guard Shaklee di sini ya.


Pembelian boleh dibuat dengan menggunakan debit kad atau kredit kad. Selepas membuat pembelian boleh contact kak syu untuk dapatkan hadiah :)

Harga yang dipaparkan dalam link ni ialah harga runcit. Untuk mendapatkan harga ahli dengan potongan harag sebanyak 10 hingga 30 peratus, boleh contact kak syu untuk pendaftaran.







Kak Syu
WhatsApp; 010-4031219
Facebook: Syuhaidah Rahmam

Monday, July 17, 2017

Open House di Rumahku
16 Julai 2017, buat pertama kalinya kak Syu buat makan-makan di rumah sendiri. Makan-makan sempena aidilfitri 2017 dan juga sempena masuk ke rumah baru 😊

Happy sangat dapat jumpa saudara mara dan sahabat handai. Tapi sebagai tuan rumah kak Syu tak dapat sangat nak menyembang dengan tetamu. Asik duk tengok makanan cukup ke tak. Bila nampak nak habis tu kita top up kan.

Walaupun tak dapat nak sembang-sembang sangat kak syu tetap terharu dan menghargai kedatangan kalian. Minta maaf kalau ada yang terkurang. Terima kasih tau sudi datang. Moga Allah balas dengan  kebaikan yang sangat banyak.

Yang PM kak Syu dan beritahu tak dapat datang pun terima kasih juga. Terima kasih kerana mendoakan kelancaran majlis. Semoga Allah merahmati kalian semuanya 😘

Gambar-gambar sekitar majlis semalam.











Love,
Kak Syu


Thursday, July 13, 2017

Rahsia Sihat Dengan Asid Amino
Sebelum ni, asid amino yang kak Syu tahu ada satu sahaja. Asid amino sahaja lah. Tak de tahu berkenaan jenis-jenis asid amino. Apatah lagi nama-namanya. Lagi kak Syu tak tahu.

Tapi sejak berada dalam dunia nutrisi dan kesihatan ni, bila Nutritionist asik bercakap mengenai 9 asid amino yang diperlukan oleh badan, terasa nak study lebih lanjut berkenaan asid amino ni.

Ok, first thing first kita go kepada asid amino. Apa itu asid amino?

Secara ringkas, asid amino adalah sebatian organik yang bergabung untuk membentuk protein. Sebab itu apabila protein dicerna,yang tinggal adalah asid amino. Kerana bahan asas kepada protein ialah asid amino.

Bila kita makan, badan tidak akan terus menggunakan protein itu, sebaliknya mencernakannya kepada asid amino dahulu. Kemudian, barulah boleh digunakan. Oleh itu, perlu kita faham bahawa nilai khasiat untuk makanan berprotein itu terletak kepada komposisi asid aminonya.


Secara umum, asid amino terbahagi kepada tiga iaitu asid amino perlu, asid amino tidak perlu, dan asid amino bersyarat. Namun demikian, kebiasaan yang dibincangkan ialah mengenai asid amino perlu dan tidak perlu.

Asid amino PERLU tidak dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada sumber pemakanan harian manakala asid amino TIDAK PERLU disintesis daripada dalam badan kita sendiri.

Term asid amino tidak perlu ni mungkin agak misleading. Asid amino tidak perlu ni bukan bermaksud ianya tidak diperlukan oleh badan ya. Malah ianya sangat penting untuk memelihara kesihatan yang berpanjangan. Cuma term 'tak perlu' tu lebih merujuk kepada tidak perlu mengambil daripada sumber luar kerana badan boleh menghasilkannya.

Untuk entri ini, saya fokuskan kepada asid amino perlu sahaja, yang penting untuk diperoleh daripada pemakanan. Ada 9 jenis asid amino perlu yang wajib kita ambil dalam diet seharian iaitu:


Histidine

  • Merupakan satu asid amino perlu (essential) yang diperlukan untuk replikasi sel dan bahagian, dan sangat penting kepada kanak-kanak. Kini dengan kajian terbaru, saintis mendapati ia juga turut penting kepada orang dewasa.

  • Membantu neurotransmitter iaitu pengangkutan (utusan kimia) ke otak dan juga membantu kesihatan otot secara keseluruhannya dalam setiap sel-sel otot.

  • Membantu menyahtoksik tubuh dengan menghasilkan sel-sel darah merah dan putih yang diperlukan untuk kesihatan keseluruhan dan imuniti.

  • Sekiranya histidine tidak mencukupi, boleh menyebabkan arthritis, gangguan fungsi seksual, dan juga pekak. Ia juga boleh membuat badan lebih mudah terdedah kepada virus AIDS.

Sumber berasaskan tumbuhan yang baik histidine termasuk: beras, gandum, rai, rumpai laut, kacang, kekacang, tembikai, biji rami, biji chia, soba, kentang, kubis bunga dan jagung.



Isoleucine

  • Merupakan asid amino perlu (essential) yang diperlukan bersama-sama dengan dua asid amino lain (Leucine dan Valine).

  • Menggalakkan pemulihan otot selepas senaman.

  • Membantu pembentukan hemoglobin dan mengawal paras gula serta paras tenaga. Ia juga terlibat dalam pembentukan darah beku.

  • Membantu dalam pertumbuhan nitrogren dalam sel-sel otot, terutamanya kanak-kanak.

Sumber isoleucine berasaskan tumbuhan termasuk:  kacang soya, gajus, badam, oat, kacang, kacang, beras perang, kubis, biji rami, biji chia, bayam, labu, biji labu, biji bunga matahari, bijan, cranberry, quinoa, beri biru, epal, dan kiwi.



Leucine

  • Asid amino perlu (essential) yang terbaik untuk merangsang kekuatan dan pertumbuhan otot, dan juga disebut sebagai BCAA (jenama rantaian asid amino).

  • Membantu mengawal gula dalam darah dengan cara menyederhanakan insulin ke dalam badan semasa dan selepas senaman.

  • Membantu mencegah dan merawat kemurungan dengan cara bertindak ke atas neurotransmitter di dalam otak.

Sumber berasaskan tumbuhan yang baik mengandungi leucine termasuk: rumpai laut, labu, kacang dan protein kacang, beras gandum, bijan, selada air, lobak hijau, soya, biji bunga matahari, kacang, buah ara, avokado, kismis, kurma, epal, beri biru, buah zaitun dan pisang.


Lysine

Ibu-ibu mungkin pernah dengar lysine ni. Biasa ada dalam susu budak.

  • Amino perlu (essential) yang diperlukan bertanggungjawab untuk pertumbuhan dan pengeluaran carnitine (nutrien diperlukan untuk menukarkan asid lemak kepada kolesterol yang lebih rendah).

  • Membantu tubuh menyerap kalsium dan juga membantu dalam pengeluaran kolagen.

  • Kekurangan lysine boleh menyebabkan loya, kemurungan, keletihan, kekurangan otot dan juga osteoporosis.

Sumber semulajadi lysine termasuk kacang (yang terbaik), selada air, pasli, avokado, protein soya, badam, gajus, dan beberapa kekacang.



Methionine

  • Asid amino perlu (essential) yang diperlukan untuk membantu fungsi metabolik, memecahkan lemak, dan merupakan sumber utama sulfur di dalam badan. Juga penting untuk menyingkirkan logam berat, seperti plumbum dan merkuri.

  • Orang yang tidak makan makanan yang mengandungi sulfur yang cukup untuk menghasilkan methionine dalam badan mungkin mengalami artritis, tisu mudah rosak, dan sukar sembuh.

  • Methionine juga membantu dalam pertumbuhan otot dan pembentukan creatine, yang diperlukan untuk menjana tenaga sel yang optimum.

Sumber semulajadi methionine berasaskan mentega biji bunga matahari dan biji bunga matahari, biji rami, biji chia, kacang Brazil, oat, rumpai laut, gandum, buah tin, beras gandum, kacang, kekacang, bawang, koko, dan kismis.


Phenylalanine

Asid amino datang dalam tiga bentuk iaitu:

L-phenylalanine (satu bentuk semulajadi yang terdapat dalam protein)
D-phenylalanine (satu bentuk yang dihasilkan oleh makmal)
DL phenylalanine (gabungan kedua-dua bentuk).


  • Phenylalanine merupakan asid amino perlu (essential) yang diperlukan untuk bertukar menjadi tyrosine apabila dimakan. Kepentingan asid amino penting (essential) ini berkaitan dengan PKU, membuat protein dan bahan kimia otak, termasuk L-dopa, adrenalina, norepinephrine, dan hormon tiroid

  • Kekurangan  asid amino ini boleh menyebabkan otak kurang berfungsi, kekurangan tenaga, kemurungan, kurang selera makan, atau masalah ingatan.

Antara sumber semulajadi phenylalanine adalah termasuk spirulina dan rumpai laut lain, labu, kacang, beras, avokado, badam, kacang tanah, quinoa, buah tin, kismis, sayur-sayuran berdaun, kebanyakan beri, buah zaitun, dan benih.

Phenlylaline ni lebih kepada fungsi otak. Penting kan?


Threonine

  • Asid amino perlu (essential) yang diperlukan untuk menyokong sistem imun yang sihat, jantung, hati, dan pusat kesihatan sistem saraf.

  • Membantu mengekalkan keseimbangan protein dalam badan untuk membantu dalam pembaikan keseluruhan, tenaga, dan pertumbuhan.

  • Membantu tubuh dan sendi dalam keadaan sihat. Perantara tubuh dengan menghasilkan glycine dan serine dalam badan, dua asid amino perlu (essential) yang diperlukan untuk tulang yang sihat, kulit, rambut dan kuku. Di dalam hati ia membantu dengan penghadaman asid lemak untuk mengelakkan pembinaan asid lemak dan kegagalan hati.

Antara sumber semulajadi asid amino ini ialah selada air dan spirulina (yang bahkan melebihi daging), labu, sayur-sayuran berdaun, biji rami, biji chia, kacang soya, bijan, biji bunga matahari dan mentega bunga matahari, badam, avokado, buah tin, kismis, quinoa dan gandum.


Tryptophan


  • Asid amino perlu (essential) yang diperlukan untuk pengeluaran niasin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Serotonin penting untuk saraf yang normal dan fungsi otak. Serotonin adalah penting dalam tidur, menstabilkan mood emosi, kawalan kesakitan, keradangan, peristalsis usus, dan lain-lain

Sumber semulajadi mengandungi trytophan adalah oat dan oat bran, rumpai laut, biji rami, biji chia, bayam, selada air, kacang soya, labu, kentang manis, pasli, kacang, rentak, asparagus, cendawan, semua salad, berdaun sayur-sayuran, kacang, alpukat, buah tin, skuasy musim sejuk, saderi, lada, lobak merah, kacang kuda, bawang, epal, oren, pisang, quinoa, lentil, dan kacang.


Basically asid amino yang ni untuk mood. Kalau mood asik swing je kurang tryptophan la tu.


Valine

  • Asid amino perlu (essential) yang diperlukan untuk mempunyai kesan merangsang dan diperlukan untuk metabolisme otot, pembaikan dan pertumbuhan tisu dan mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan.

Sumber tinggi valine termasuk kacang, bayam, kekacang, brokoli, bijan, biji rami, biji chia, soya, kacang tanah, biji-bijian, buah tin, alpukat, epal, biji-bijian tumbuh dan benih, beri biru, cranberry, oren, dan aprikot


Ok, itu dia senarai 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Agak-agak dalam sehari kita boleh dapatkan tak kesembilan-sembilan asid amino ni?

Senarai sumber asid amino di atas tidak terhad kepada itu sahaja ya. Sahabat-sahabat boleh cari lagi dan ambil tahu sumber-sumber yang lain. Lebih baik sekiranya sumber itu daripada makanan yang mudah diperoleh dan berhampiran dengan kita.

Boleh juga dapatkan asid amino yang lengkap daripada ESP. Kak Syu kalau minum je ESP terus rasa lengkap. Hehehe. Lengkap dengan asid amino untuk hari itu :)


Owh ya. Sebelum kak Syu habiskan perkongsian ini, mesti semua nak tahu apa kepentingan secara umum asid amino ni kan. Kak Syu kongsikan sedikit ya:

1. Asid amino terlibat dalam pembentukan sel, tisu, dan otot.
2. Asid amino terlibat dalam pengangkutan dan penyimpanan nutrient.
3. Asid amino terlibat dalam fungsi organ, kelenjar, arteri, dan tendon,
4. Asdi amino sangat penting dalam penyembuhan luka dan membaiki tisu terutamanya dalam otot, tulang, rambut, dan kulit.
5. Asid amin digunakan oleh sel dalam pembentukan enzim dan hormon.
6. Asid amino membantu badan untuk menjalankan pelbagai fungsi seperti yang telah dinyatakan dalam penerangan di atas.


Ok, itu sahaja perkongsian daripada kak Syu. Moga mendapat manfaat daripadanya :)

Love,
Kak Syu
010-4031219